Thursday, 25 August 2016

Bank Soalan

Emak saya kata kita kena banyak buat latihan...
Kalau nak buat latihan kenalah ada soalan...
Nak soalan latihan tak?
Saya belanja kawan-kawan semua...
Jom pergi ke SISTEMGURUONLINE ..
Laman web ini adalah dari sekolah rendah hingga sekolah menengah...
Gaya dah macam cikgu....
Kalau anda setuju saya macam cikgu angkat tangan....

Sunday, 14 August 2016

Hobi yang menjadi pilihan

Apakah hobi?
Dari Wikipedia :-
Tujuan hobi adalah untuk memenuhi minat dan mendapat keseronokan, bukan mendapat pulangan. Terdapat pelbagai jenis hobi seperti mengumpul, membuat, membaiki, bermain dan pendidikan dewasa.
Ada hobi percuma dan ada yang memerlukan belanja. Sebagai contoh, hobi mengumpul setem adalah percuma jika sekadar mengumpulkan setem terpakai, tetapi ia bertukar menjadi hobi yang memerlukan belanja apabila pengumpul jemu dengan kesukaran mendapatkan pelbagai setem secara percuma. Pelbagai jenis setem yang menarik perlu dibeli, malah setem yang baru terbit harganya mahal.
Memancing adalah hobi yang memerlukan belanja dan menghasilkan pulangan. Belanja diperlukan untuk membeli alat pancing utama seperti joran dan umpan, alat pancing sampingan seperti bot, khemah, lampu dan sebagainya. Pulangannya adalah ikan dan hadiah pertandingan memancing.
Antara hobi lain ialah memelihara burung untuk mendengar bunyi, memiliki pokok bonsai dan memelihara ikan lohan (flower horn).
Antara hobi yang popular
MEMASAK
 Mengumpul setem ~ mungkin boleh menjadi hobiyang baik..
Mengumpul 'fridge magnet' ~ hobi emak saya masa lepas..
Memancing ~ ramai orang mempunyai hobi memancing.
Mendaki Gunung ~ gambar emak dan ayah saya ...
Menonton wayang ~ MBO di belakang sana tau...
Gambar saya dan adik saya untuk kenangan..
Berenang ~ Mungkin ini hobi saya dan adik saya.
Mencari kenalan seluruh dunia ~ pos surat hobi zaman dahulu..
Sekarangni cari kenalan hanya di hujung jari...
Membaca buku ~ hobi yang bermanfaat dan boleh dilakukan di manapun juga.. 
Menghadiri majlis ilmu untuk menambahkan pengetahuan..
Memelihara binatang kesayangan..
Tidur ??? boleh jadi hobi ataupun tidak?

Banyak lagi hobi yang bermanfaat sebenarnya... 
Nanti saya fikirkan apa yang sepatutnya menjadi hobi saya...

Wednesday, 10 August 2016

Blog burung hantu

Blog yang sepi....
Banyak aktiviti tapi tidak sempat menulis...
Saya budak sekolah....
Mesti faham...
Inilah budak pakai tudung burung hantu...
Blog sayapun dah jadi burung hantu...
Gambar di rumah opah saya di Perak...
Gambar di ambil dari jambatan Sultan Idris Shah II..
Kalau kawan-kawan dari Ipoh hendak ke Lumut mesti lalu jambatan ini...
Di bawah itu adalah Sungai Perak... 
Sungai Perak adalah sungai yang kedua terpanjang di Semenanjung Malaysia...