Sunday, 29 May 2016

PEKAN LOUDAI , CHINA

Berkenalan dengan Pekan Loudai di China.. Sumber dari majalah Santai Travel... 

Pekan Luodai yang terletak di kawasan luar  bandar Chengdu, ibu kota provinsi SICHUAN merupakan  sebuah pekan kuno Hakka  yang dipelihara dengan baik kawasan barat daya  CHINA.

Pekan kuno ini  mencakupi kawasan seluas 20 kilometer persegi dengan jumlah penduduk  sebanyak 23 ribu orang . Lebih 90% penduduk pekan ini merupakan orang Hakka yang masih mewarisi adat istiadat orang Hakka dan bertutur dalam bahasa Hakka.
                    Imej dari  CHINA INDONESIA INFORMATION

Apabila bersiar -siar di pekan kuno Hakka ini, pelancong akan berasa  seolah olah berada di MEIZHOU, iaitu tempat asal orang Hakka di provinisi GUANGDONG.Menurut orang tempatan perlindungan bangunan kuno kerana mempunyai keistimewaan dari segi  seni  bina tradisional China.

Dewan -dewan persatuan rakan sekampung ini merupakan bangunan  tipikal yang wujud pada zaman Dinasti Ming (1368- 1644) dan Dinasti Qing (  1616- 1912).Antara empat buah dewan  persatuan tersebut, dewan persatuan  rakan sekampung  provinisi Guangdong merupakan dewan yang paling bersejarah  dan yang paling mewah .

Pada zaman dahulu, orang Hakka dari Guangdong sangat pandai berniaga dan kaya raya. Oleh sebab itulah dewan persatuan  mereka dibina dengan cantik dan mewah.


Pada zaman sekarang , terdapat banyak dewan persatuan rakan  sekampung Guangdong di seluruh China , namun hanya dua buah dewan sahaja yang diperlihara  denagn sempurna , iaitu  di Tiajin dan yang satu lagi  di Pekan loudai. Walau bagai manapun , dewan persatuan di Loudai  ini lebih mewah berbanding dengan dewan persatuan di Tiajin . Oleh sebab itu, dewan persatuan Guangdong ini dikenali sebagai ''Dewan persatuan rakan loudai '', orang bukan Hakka juga bertutur dalam bahasa Hakka setelah berkahwin dengan orang pekan ini .


Di pekan Loudai, terdapat empat buah dewan persatuan rakan sekampung  dari pronivisi Guangdong ,Jiangxi,Hubei dan Hunan, serta utara Sichuan . Keempat -empat ini telah disenaraikan dalam senarai Sekampung Guangdong pertama''.Dewan orang Hakka ini  telah menjadi tempat untuk mengadakan mesyuarat,majlais memuja nenek moyang dan majlis meraikan perayaan yang penting .    Pada 2007,ketua dari 39 persatuan rakan sekampung Guangdong dari seluruh Malaysia telah berkunjung ke dewan persatuan rakan sekampung  Guangdong di Loudai  ini.

Di pekan kuno Hakka ini terdapat ''satu jalan , tujuh lorong dan lima dewan , satu taman ''yang menjadi  destinasi pelancongan utama. Destinasi ini menggambungkan semua unsur kebudayaan Hakka , iaitu orang Hakka,bahasa Hakka,seni bina Hakka dan adat istiadat Hakka.


Kedai -kedai di pekan kuno ini juga menjadi daya tarikan pelancong . Antaranya termasuklah kedai pakaian,kedai kraf tangan dan restoran. Yang paling menarik di pekan ini ialah masakan istimewa orang Hakka seperti mi, taufu, daging arnab dan lain -lain.

Sektor pelancongan yang kian berkembang telah membantu meningkatkan pendapatan orang Hakka di Loudai berdekatan dengan bandar Chendu , hasil pertanian tempatan juga boleh dibawa dan dijual dengan laris  di Chengdu .Di samping itu, penduduk Chengdu juga suka bersantai di pekan  Loudai dan ini turut mendorong perkembangan sektor pelancongan tempatan.


SUMBER DARI = KEMBARA SUTERA.

No comments:

Post a Comment